Jejak Kasih

Posted in Uncategorized on January 13, 2010 by shamanuar

Salam Semua,

Lama sudah tidak menulis dalam blog ini sebab terlalu aktif didalam Facebook.

Minggu lepas mendapat panggilan dari sahabat lama semasa sekolah iaitu Jurulatih Pesawat Pejuang Hakimi.

Beliau mensyorkan kepada saya untuk anjurkan satu perjumpaan dengan sahabat-sahabat lama dizaman persekolahan dan disokong oleh Mazlan @ Ketam.

Dengan ini, saya menjemput para sahabat-sahabat yang berminat untuk menghadiri perjumpaan tersebut nanti.

Cadangan untuk perjumpaan tersebut adalah pada cuti Hari Raya Cina iaitu pada 14 Feb 2010 hari sabtu. Tmpt di Hotel Midah. Buffet Dinner RM 35.00-RM45.00 seorang. Pihak hotel menyediakan sebuah function room untuk kita berjumpa dan saya masih mencari penaja untuk set karaoke.

Jika ada apa-apa cadangan,komen dan idea yg lebih menarik sila komen didalam blog ini.

Kalau boleh kita jayakan program perjumpaan kita ini.

Harapan saya dapat kita berjumpa nanti. Ada yang dah 24 tahun tak pernah bersua muka selepas kali terkahir jumpa pada SPM 1986.

Sekian, Wassalam.

Selamat Menyambut Ramadhan

Posted in Uncategorized on August 21, 2009 by shamanuar

BN

Posted in Uncategorized on July 1, 2009 by shamanuar

Bila sebut BN, boleh dikatakan semua orang akan tahu BN bermaksud Barisan Nasional yang terdiri dari beberapa parti komponen seperti UMNO,MCA,MIC,Gerakan dan PBB sekadar menyebut beberapa nama parti komponen didalam BN.

Tetapi, parti pembangkang yang tak ada kerja lain telah mengubah nama BN yang telah banyak berjasa kepada rakyat Malaysia kepada beberapa nama yang tidak sedap untuk didengar atau disebut.

Dulu .. BN disebut Barang Naik. Sekarang pula Bini Najib. Jolokan nama terbaru BN ini telah didendangkan oleh Datuk Mahfuz Omar Naib Presiden PAS.

Tahniah YB kerana memberikan BN gelaran baru tersebut. Ini menampakkan sangat tahap pemikiran seorang YB dari PAS ( atau Pakatan Rakyat- satu pakatan yang belum rasmi ).

Tiada isu-isu lagi yang hendak dimainkan oleh mereka-meraka ini. Ketandusan idea. Asyik ingin memburukan kan orang sahaja.

Amat memalukan sekali seorang YB yang dipilih oleh rakyat boleh mengeluarkan idea-idea BODOH seperti ini.

Seluruh dunia sedang menghadapi masalah ekonomi, kerajaan dengan pelbagai usaha untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara tetapi YB-YB yang TERSALAH PILIH oleh rakyat  ketika PRU yang lepas masih lagi ingin berpolitik tanpa faedah.

Beliau bukan sahaja memalukan diri sendiri, malahan telah memalukan pengundi-pengundi beliau dan juga parti diwakili oleh beliau.

Teruskan usaha Datuk Mahfuz untuk memberikan lagi gelaran-gelaran BODOH sebegini pada masa akan datang. Lepas tu Datuk masok ke program Astro RIA masa musim depan iaitu Program Raja Lawak.

Boneka UMNO atau PKR

Posted in Uncategorized on June 29, 2009 by shamanuar

Sudah lama saya ingin menulis cerita tentang boneka ini, tetapi keadaan tidak mengizinkan dan juga nampak macam tiada kesudahan kisah boneka ini.

Yang terbaru tentang Debat yang diajak oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat (DNA). Kadang kala terfikir juga kenapa DNA boleh membuat kenyataan seperti ini.

Pada pandangan saya, DNA telah dipengaruhi oleh seseorang. Orang itu adalah Datuk Husam Musa(DHM) yang telah tewas kepada Ustaz Nasharudin Mat didalam pemilihan Timbalan Presiden PAS tempohari.

Ustaz Nasharudin telah dituduh sebagai Boneka UMNO. Tiada bukti yang menunjukan yang Ustaz Nasharudin dipengaruhi oleh UMNO. Tetapi sebaliknya pula Datuk Husam Musa adalah orang DSAI selain dari Datuk Kamaruddin Jaafar yang berada didalam PAS.

Apa yang diperkataan oleh DNA adalah kata-kata dari DHM dan secara tidak langsung adalah kata-kata dari DSAI.

Buang masa layan orang seperti DSAI atau DHM kerana orang-orang seperti lah yang membawa perpecahan kepada orang-orang Melayu Islam selama ini.

Apa yang penting pada mereka adalah bagaimana hendak menjatuhkan UMNO dan menjadi pemerintah. Memang dasar orang gila kuasa.

Kesimpulannya disini adalah PAS sebenarnya telah menjadi boneka kepada PKR. UMNO hanya ingin kan Perpaduan seperti yang diCADANGKAN oleh PAS sebelum ini.

Bukan Penulis Pro

Posted in Uncategorized on June 17, 2009 by shamanuar

Alhamdullilah dan bersyukur saya kerana rupa-rupanya blog saya ada juga pembacanya.

Terima kasih diucapkan kerana sudi membaca dan melayari blog saya.

Ada yang memberi komen didalam blog dan ada juga yang memberi komen didalam email dan menghubungi saya terus. Terima kasih diatas komen anda semua.

Saya terbaca sebuah komen didalam blog Pemuda Seputeh. Seorang komentar mengatakan penulisan saya tidak pro.

Untuk pengetahuan saudara, saya sememangnya bukan penulis pro. Saya adalah seorang yang bekerja di salah sebuah bank saudagar. Sila baca tentang diri saya di kedua-kedua blog saya.

Penulisan saya adalah hanya luahan seorang rakyat biasa. Sesiapa yang terasa hati dengan penulisan saya, ampun dan maaf dipinta. Tetapi itu adalah saya. Kita tidak boleh memuaskan hati semua orang.

Diharap saudara yang mengatakan saya bukan seorang penulis pro, janganlah serik membaca lagi di blog saya ini.

Insyaallah saya akan mempertajamkan skil penulisan saya pada masa akan datang. Terima Kasih kerana memberikan saya semangat untuk menulis lagi walaupun saya bukannya seorang yang pro.

Chin Peng

Posted in Uncategorized on June 17, 2009 by shamanuar

Keputusan sudah dibuat oleh kerajaan Malaysia iaitu Chin Peng tidak dibenarkan kembali ke Tanah Melayu @ Malaysia.

Pada pendapat saya,bila kerajaan sudah membuat sesuatu keputusan ianya adalah keputusan untuk kebaikan semua rakyat Malaysia.

Tetapi kenapa masih ada KUTU-KUTU yang masih mempertikaikan keputusan kerajaan tersebut.

Tidak pernah belajar sejarah @ tawarikh ke? Apa yang  telah dilakukan oleh Chin Peng dan Parti Komunis Malaya terhadap penduduk dan rakyat Tanah Melayu @ Malaya ketika itu?

Kalau nak jadi Hero pun kena lah bertempat. Jangan lah sampai perkara-perkara sensitif sebegini pun masih hendak diperjuangkan.

Persoalannya apakah kebaikan, pergorbanan dan sumbangan yang pernah diberikan oleh Chin Peng kepada Tanah Melayu @ Malaya @ Malaysia selama ini. Saya pasti jawapannya TIDAK PERNAH satu pun kebaikan yang pernah dilakukan oleh beliau.

Sudah-sudah lah memperjuangkan perkara yang sia-sia ini.

Saya berharap Kerajaan Malaysia JANGAN LAYAN pandangan dan desakan kutu-kutu berahak yang tidak tahu sejarah @ tawarikh ini.

Melayu Perkauman atau Jangan Bagi Melayu Bercakap

Posted in Uncategorized on June 3, 2009 by shamanuar

Hanya dengan sebuah artikel didalam Utusan Malaysia yang ditulis Awang Selamat ( seorang Melayu),beliau telah dituduh memainkan isu perkauman.

Sekarang ini orang Melayu sudah tidak boleh bercakap tentang bangsa sendiri sebab bila bercakap sahaja tentang orang Melayu ada sahaja kaum-kaum lain di Malaysia tidak berpuas hati.

Tetapi bila meraka bercakap tentang kaum mereka,orang Melayu kena diam dan tidak boleh bersuara.

Melayu semakin hari semakin terpinggir ditanah air sendiri. Ini lah akibat apabila Melayu tidak bersatu dan gilakan kuasa hinggakan tidak boleh bersuara langsung tentang hak-hak orang Melayu.

Jangan pada suatu hari nanti,orang Melayu akan menjadi semakin terpinggir seperti dinegara jiran dan juga seperti di Palestin. Kaum lain lebih dominan dari kaum asal tanahair tersebut.

Sedar lah wahai orang Melayu,kita tidak boleh lagi berdiam diri lagi.

Bersatu lah Wahai KaumKu.

Jangan kita lupa lagu “Anak Kecil Main Api”

SELAMAT HARI IBU

Posted in Uncategorized on May 19, 2009 by shamanuar

Kita semua adalah anak. Dilahirkan oleh ibu selepas berbulan mengandungkan kita dengan segala susah payah. Sesungguhnya kita sangat terhutang budi dengan bonda yang melahir dan membesarkan kita. Al Quran sendiri menjelaskan betapa tingginya penghormatan dan kebaikan yang wajib dilakukan oleh seorang anak kepada ibu bapanya. Allah berfirman:

 

“Dan telah kami perintahkan kepadamu, Janganlah sekali-kali menyembah selainku dan berbuat baiklah kamu kepada kedua orang tuamu. Sama ada kedua ibu bapamu atau salah seorang daripada mereka sudah lanjut usia, janganlah kamu mengatakan kepada mereka walaupun pun perkataan ‘uhh’, dan janganlah sekali-kali kamu meninggikan suara kepada mereka, dan bercakaplah dengan mereka dengan ucapan-ucapan yang mulia. Dan Hendaklah kamu sentiasa merendahkan diri di hadapan mereka dan berdoalah: Wahai Tuhanku, kasihanilah kedua-dua mereka sepertimana jerit perih mereka membesarkan kami sedari kecil” (al Isra’: 23-24)

Cinta Tak Berpenghujung

Sungguh jasa bonda tak dapat dibalas. Mengandungkan kita berbulan-bulan lamanya, bertarung antara hidup dan mati ketika melahirkan kita ke dunia. Masih ingatkah kita, bagaimana kesabaran ibu kita melayan karenah dan segala ragam kita sewaktu kecil, bersengkang mata hingga ke pagi ketika kita demam dan sakit, menyedia sarapan untuk kita sebelum ke sekolah… Banyak sungguh jasa ibu… banyak yang sudah kita terlupa…

Masih ingatkah kita doa ibu di penghujung solat mendoakan kejayaan kita anak yang dikasihinya, tangis syukur yang tumpah dari kelopak mata ibu sewaktu kita menggenggam ijazah. Ibu kita mungkin buta huruf dan tidak bersekolah tetapi mata hatinya celik, ingin melihat masa depan anaknya cerah, secerah mata hatinya. KASIH IBU SANGAT LUAR BIASA; kasih tanpa syarat, cinta yang tak berpenghujung… 

Highway ke Syurga

Rasulullah bersabda: “sangat rugilah, sangat rugilah, sangat rugilah, mereka yang masih memiliki ibu bapa atau salah seorang daripada mereka patah lagi yang sudah lanjut usia, sedangkan anak-anak tersebut dicampakkan ke dalam neraka” (riwayat Muslim).

Hadith ini menjelaskan mentaati dan menyantuni ibu bapa apatah lagi yang sudah tua adalah antara jalan yang mudah untuk menikmati syurga. Bahkan ganjaran lebih besar buat anak yang melayani ibu dan bapanya yang sudah tua sehinggakan Rasulullah menyebutkan betapa rugi dan malangnya seorang anak yang masih mempunyai ibu dan ayah sedangkan si anak tersebut tidak memperolehi syurga kerana mengabaikan kedua orang tuanya.

Antara tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapanya termasuklah menyediakan makan dan minum serta kelengkapan hidup mereka sekiranya mereka tidak mampu, taat dan patuh kepada perintah mereka, sentiasa memohon maaf di atas segala kesalahan dan kealpaan dan sentiasa mendoakan keampunan untuk mereka dan kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat.

Memang kita sibuk, kerja banyak, masa tak cukup dan bermacam-macam lagi alasan, namun sementara mereka masih hidup, janganlah bertangguh untuk mendapat ganjaran besar yang disediakan. Ingatlah, Allah Maha Adil, sekiranya kita menghormati dan mentaati kedua ibubapa, maka kita juga akan dihormati dan di taati oleh anak-anak kita kelak dan begitulah sebaliknya. Kejayaan dan keberkatan hidup banyak bergantung kepada restu ibu dan ayah…

Selamat Hari Ibu!

 

**To all non Muslim colleague: We hope you enjoy reading the above for knowledge and understanding**

KURSUS JENAZAH 2009 ANJURAN PERSATUAN KEBAJIKAN HAZUM, KL & SELANGOR

Posted in Uncategorized on May 18, 2009 by shamanuar

Assalamualaikum,

Muslimin & Muslimat yang dirahmati Allah,

Berikut adalah informasi kursus di atas :-

Tajuk Program : Kursus Jenazah (HIV/ AIDS)

Tarikh : 24hb Mei, 2009 (Ahad)

Masa : 9.00 pagi – 4 petang

Tempat : Masjid Amru Ibni Al’As

Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur

Sasaran : Warga Kota KL & Selangor

Penceramah : Ustaz & Ustazah dari JAWI

 

 Sesiapa yang berminat menyertai kursus ini, sila lengkapkan borang yang ada disertakan di atas dan bagi sebarang kemusykilan/ pertanyaan sila hubungi nama-nama yang berikut :-

En. Abdul Jalil (071-3407082) atau Cik Farida Bee (016-3735997) atau En. Abdul Shukur (012-3544751)

Sekian dan harap maklum.

 

 

 

Tidak DiBenarkan Menunaikan Solat Fardu Di Waktu Kerja

Posted in Uncategorized on May 18, 2009 by shamanuar

memo_solatmpw1Mengucap panjang saya pada hari ini Isnin 18/05/2009 selepas menerima kiriman email dari seorang sahabat sepejabat dengan email bertajuk “Company tak bagi sembahyang”.

Apa nak jadi dengan kita sekarang ini, nak solat pun dah tak boleh.

Negara kita dikatakan Negara Islam tetapi ada syarikat yang tidak membenarkan pekerjanya bersolat waktu kerja hanya dibenarkan solat jumaat.

Saya dah tak tahu nak tulis apa lagi pasal ini,saya mengharapkan komen2 ataupun pihak berwajib melakukan sesuatu kepada syarikat2 seperti ini.

Sahabat2 lihat sendiri lah memo yang diberikan oleh Pihak Pengurusan Syarikat kepada staff2 meraka.

Subhanallah.